Assalamualaikum.
Setelah sekian lama aku tidak mengemaskini blog ku, ini kali yang pertama selepas tahun 2012. Em, 4 tahun sudah berlalu. Teringat dahulu ketika bermulanya aku berjinak-jinak dalam zaman teknologi, maklumat begitu sukar untuk dikeluarkan dan diperolehi. Capaian internet hanya ada di bangunan-bangunan kerajaan atau sekolah.
Semenjak banyak syarikat telco mengembangkan teknologi internet tanpa wayar ini, dunia semakin semakin mudah didekati dan semakin mudah juga ditinggalkan. Banyak perkara yang telah aku lalui sepanjang tempoh ini. Banyak juga cabaran yg aku mampu tempuhi dan banyak juga yang telah aku gagal.
Apa yang aku gagal? Dari sekecil-kecil hal makan sehingga sebesar-besar hal sosial dan kewangan. Kini aku ingin kembali tetapi bukan aku yang dulu. Kini ingin aku kembali dengan diriku yang baru. Baru itu bukan sikap, baru itu juga bukan sifat fizikal tetapi perkembangan pemikiran dan mental. Ya, ku akui ketika dulu jiwaku mudah panas dan terburu-buru. Setelah pelbagai pengalaman yang ku lalui serta peningkatan umur yang tidak mungkin dapat dielak, sedikit sebanyak kesedaran itu memasuki ruang hatiku yang sedang bercelaru.
Aku kini semakin sedar, banyak perkara yang kita kejar bukannya semua boleh dicapai. Kuat berusaha, tabah, dan tawakal serta doa menjadi panduan hidupku.
Ah, apa yang telah aku bebelkan tadi. Ini bukan ruangan luahan perasaan tapi ini adalah ruangan untuk kita menukar idea sesama kita.
Ya, lupakan seketika cerita lama. Mari kita mulakan hidup baru dengan azam yang baru. Sekian.
#sekalisekalajiwang
#harapbolehbaca
#selamatberpuasa