Sunday, 29 July 2012

Pemidato Dan Penulis..

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan selamat sejahtera.

Terima kasih saya ucapkan kepada Yang Dihormati saudara Pengerusi Majlis, para hakim yang arif lagi bijaksana, tetamu kehormat, gugu-guru, rakan-rakan pelajar dan seterusnya hadirin sekalian.

Pada pagi yang mulia ini saya akan menyampaikan pidato yang bertajuk “Memartabatkan Bahasa Melayu.” Sesuai dengan Slogan 1Malaysia, kita juga harus menguar-uarkan slogan “Bahasa Melayu Didahulukan, Pencapaian Diutamakan” bla.. bla.. bla..

Biasa dengar tak petikan ayat diatas? 1Malaysia? Bukan.. Kali ni aku nak ketengahkan isu mengenai pidato.. Biasanya untuk mempersembahkan satu pidato, kita memerlukan satu semangat, nada suara yang mampu meremangkan bulu roma pendengar, isu-isu yang menarik, dan tentu sekali format pidato itu sendiri..

Sekiranya kita bercakap, bersyarah, berpidato dihadapan penonton yang ramai, apa yang kita perlukan adalah perhatian daripada penonton.. Tanpa perhatian dari mereka, kita akan merasakan seperti melakukan satu perkara yang sia-sia, beromong kosong atau bercakap bersendirian.. Oleh itu, setiap pemidato perlu pandai mencuri perhatian dari penonton.. Kenapa mencuri? Ini kerana bukan senang bagi penonton untuk memberi perhatian mereka yang berharga kepada pidato yang bagi mereka hanya semangat dan gaya sahaja yang beria-ia tetapi isu dan format pidato tidak disampaikan kepada mereka dengan betul..

Bagi seorang pemidato, sebelum mereka berniat untuk menonjolkan diri dihadapan orang ramai, wajib ke atas mereka untuk belajar selok-belok berucap, format ucapan, penekanan nada pada tempat atau isu yang sesuai.. Yang pastinya, semua perkara penting ini perlu dipelajari dari guru yang berpengalaman dalam bidang pidato sebegini.. Yang paling penting, pemidato perlu ada satu Kesedaran Emosi yang mantap.. Berdiri dihadapan orang ramai, kita belum tahu lagi apakah isu yang diketengahkan kita dapat diterima oleh orang ramai, adakah isu kita tidak menyentuh sensitiviti mereka, ethical issues dan banyak lagi.. Aku malas nak cakap lebih-lebih..

Aku pernah ditanya oleh sahabatku sendiri, adakah aku pernah menyertai mana-mana perbahasan sebelum ni? Jawapan aku, tidak pernah.. Macam mana boleh jawap belum pernah? Gaya penulisan berapi-api, isi boleh tahan.. Haha, sekarang ni baru la aku nak kupas tajuk kita pada post kali ini 'pemidato dan penulis'..

Cikgu aku dulu pernah berkata,

"Pemidato tidak pandai menulis.. Penulis tidak pandai berpidato.."
Bagi aku, aku lagi berminat di dalam bidang penulisan.. Penulis tidak terikat dengan pembaca secara langsung, tidak juga terikat dengan mana-mana format yang hebat yang kononnya mampu mencuri hati pembaca..

Penulis yang mempunyai pemikiran bebas, mereka lebih mudah untuk menyelami jiwa pembaca.. Kenapa aku cakap macam tu? Sebabnya, Kebanyakan pembaca atau kesemua pembaca hanya mahukan satu bahan bacaan yang santai, tidak terlalu terbelit-belit, tidak perlu berimaginasi yang hiperbola atau yang melampau-lampau.. Penulisan yang mempunyai isi yang berat seperti sejarah, fiksyen sains, fantasi, sekiranya dapat memberi satu penerangan yang mudah mampu memberi satu bentuk khayalan yang mendatangkan ketagihan dan keghairahan pembaca untuk meneruskan bacaan mereka..

Aku ada cipta banyak puisi seperti sajak sebelum ini.. Tapi banyaknya aku buang dengan mudah.. Aku jadi tidak yakin untuk menyimpan bahan tersebut, malu sekiranya dibaca oleh pihak yang tidak berkenaan.. Bukan aku membuat isu yang memalukan, tetapi bimbang hasil penulisan aku diremehkan dan diperli.. Itu salah satu kelemahan penulis, bimbang penulisan mereka tidak sampai seperti yang mereka rancangkan..

Sajak yang aku cipta ni salah satunya terselamat.. Bukan kerana ia pandai menyorok, tetapi sajak ni aku tempatkan di tempat yang bukan tempatku.. Sajak ni direka dalam masa hanya sepuluh minit.. Sepuluh minit sahaja? Entah la, mungkin masa tu ilham aku tengah mencurah-curah.. Ini sajak aku,


Tanggal 23hb November jam 12 pagi,
Semua hidupan telahpun sepi,
Sedangkan ada yang masih bersendiri,
Menahan sakit tidak terperi.

Sakitnya benar bukan dibuat,
Merata alam mencari pengubat,
Lalu terjumpa seorang keramat,
menawar sakit cuma sesaat.

Dirinya rasa begitu gembira,
Dapat tidur esoknya kerja,
Tetapi satu benda sudah dilupa,
Ditimpa ujian di hari jadinya.

Perkara kelakar yang aku tidak dapat lupakan.. Kisah benar sahabatku yang lain.. Kesian beliau, sengsara menahan sakit perut .. Haha..

Baiklah kawan-kawan.. Penulisan aku kali ini sampai disini sahaja.. Selamat membaca, sehingga bertemu kembali.. Bye!

Sunday, 22 July 2012

Perjalanan Pertama..

My first journey, on my own feet..

Aku nak cerita sedikit mengenai perjalananku.. Ada baca tak post yang sebelum ni? Post ni adalah flashback dari cerita tersebut.. Biasa tengok movie? Mesti korang dah biasa buat perkaitan antara beberapa babak..

Perjalanan aku, Alhamdulillah, sangatlah lancar.. Bukan sebab takde masalah, tapi takde pun melencong ke mana-mana.. Kenapa aku cakap macam tu? Sebab ni perjalanan pertama aku ke negeri Darul Iman tanpa petunjuk arah dari sesiapa pun melainkan dengan GPS.. Bagi aku naik turun highway adalah perkara yang menyenangkan, melainkan kalau korang tersalah masuk.. Tapi ada yang tidak menggemari laluan tersebut.. Biasanya bayaran tol menjadi alasan utama mereka untuk tidak memasuki lebuhraya.. Dari Kuala Selangor ke Terengganu, pergi dan balik, tol yang dikenakan berjumlah RM70.. Besar bukan? Bagi golongan manusia yang jarang sekali memasuki lebuhraya, jumlah tu hanya sekadar sedekah atau pengeras kerana telah memberi laluan yang selesa kepada mereka..

Isu tol? Aku tak nak cakap lebih-lebih isu ni.. Isu ni ada perkaitan politik.. Jadi aku nak cerita kat korang mengenai laluan atau jalan-jalan yang ada kat Malaysia ni.. Agaknya, dari titik A atau permulaan jalan ke titik B atau penghujung jalan, berapa jalan yang korang boleh lalui? Yang pastinya, bukan satu, malah lebih dari dua laluan yang bakal korang lalui.. Lebih dari dua? Nak tau jalan alternatif lain, rajin-rajin lah bertanya pada penduduk tempatan.. Polis trafik susah nak cari makan kalau buat sekatan jalan raya kat kawasan kampung.. Tu sebab orang kampung susah kena saman, sedangkan kesalahan yang kita dapat kenalpasti dari mereka banyak, lebih banyak dari pesalah 'speed trap'..

Banyak jalan nak lalu ni, kena berhenti dulu untuk cerita kali ni.. Kena beri tumpuan pada laluan yang kita lalui sekarang ni.. Selamat memandu, sehingga bertemu kembali.. Bye!

Tuesday, 17 July 2012

Cak Ayang, Cak Boye

Selepas tiga-empat hari aku mendiamkan diri, hari ni aku muncul kembali.. Kali ni aku nak bawak satu cerita menarik.. Em, kalau aku ceritakan sekarang pasti akan datang cerita aku dah tak menarik..

Baru-baru ni aku pergi melancong ke Negeri Penyu Menangis iaitu Terengganu.. Kenapa pergi sana? Aku ada urusan sedikit, urusan yang tidak dapat ditangguh.. Maka bermulalah hari itu aku keluar membeli-belah, bunyi macam banyak barang yang hendak diborong, tak banyak pun.. Aku cuma sekadar menemani keluarga membeli barangan di situ.. Makanan kegemaran? Di Terengganu, makanan yang paling sedap, yang tak pernah aku rasa sebelum ni, tak tau la kalau korang ada yang pernah rasa, kuih akok telur itik.. Peh, teksturnya betul-betul membuatkan pemakannya ketagih.. Dengan telurnya yang lembut berjus, baunya yang wangi, memang sedap dimakan ketika panas.. Kuih Akok telur itik ni boleh ditemui di satu kawasan Marang, bersebelahan Kedai Runcit RM2 Yang Murah.. Ramuannya ialah telur itik dan dibakar di dalam alat pembakar model zaman tok nenek kita dulu, menggunakan sabut yang terbakar, atas dan bawah..

Untuk sesiapa yang suka mengumpul tudung-temudung, kain-kemain, atau baju kurung moden, anda berada di negeri yang betul.. Aku teringat satu perkataan yang dikeluarkan oleh 'Awang Ganu' yang meniaga di situ semasa dia ditanya mengapa harga setiap tudung berlainan.. Jawapannya "tudung yang ni manik cak ayang, murah, tudung yang ni manik cak boye, mahal skek".. Puas aku memikirkan kata-katanya.. Adakah itu satu kiasan, atau satu dialek terengganu yang aku kurang faham.. Dalam masa sepuluh minit aku memikirkan, sementara yang lain sibuk bertanyakan yang itu, yang ini sambil memilih barangan yang mereka hendak beli, aku akhirnya berjaya menangkap kata-kata peniaga tadi.. Cak ayang dan cak boye yang dimaksudkan tadi ialah cap ayam iaitu barangan buatan tempatan dan cap buaya iaitu barangan yang diimport.. Cap buaya seperti pakaian jenama Crocodile yang sedang bersaing dengan jenama-jenama luar negara yang tinggi nilainya.. Tapi aku tidak pasti la samada 'yang diimport' tu benar-benar import atau sekadar kata-kata manis peniaga untuk menarik minat pembeli untuk memilih barangan mereka sekaligus menjadikan barangan jualan mereka laku dan menarik minat pembeli yang lain..

Ok la kawan-kawan, aku tak nak bercerita panjang, sebabnya cerita aku memang panjang, dan ada sambungannya nanti.. Semoga anda terhibur dengan cerita tadi, sehingga bertemu kembali.. Bye!


Friday, 13 July 2012

Ilham..

Ilham menurut kamus:

1 gerak hati utk melakukan sesuatu yg baik.
2 sesuatu yg menggerakkan hati utk melakukan sesuatu yg indah spt mencipta hasil seni dll: Banyak peristiwa yg menjadi ~ kpd penyair dan pengarang. mengilhami memberi ilham kpd; menggerakkan hati seseorang: Keindahan malam di Tanjung Bunga telah ~ aku utk menulis beberapa buah sajak. mengilhamkan memberikan (membisikkan) sesuatu sbg ilham: Gubahan ini adalah atas daya usahanya sendiri, tiada sesiapa pun yg ~nya.
 -Kamus Pelajar Edisi Kedua

Ramai yang sedia maklum dengan pengertian ilham.. Pada kali ini, aku nak bercakap sedikit mengenai ilham.. Dalam menulis sesuatu blog, yang paling penting adalah ILHAM.. Bagi blogger sejati, banyak yang diperkatakan di dalam blog mereka adalah ilham atau idea yang datang dari mereka sendiri.. Tetapi apa yang berlaku sekarang ni? Budaya copy-paste semakin menjadi-jadi.. Bagi yang baru bermula atau yang sedang giat dalam aktiviti blogging, perlu faham dengan konsep copy-paste.. Perhatikan penyataan di atas, pernyataan di atas adalah berlaku daripada perbuatan copy-paste.. Untuk pernyataan tersebut dibolehkan kerana itu adalah fakta yang tidak sama sekali boleh diubah, bukan fakta yang subjektif..

Sekarang ini, bila buka mana-mana blog, apa yang kita lihat dan kita baca adalah sama seperti yang kita baca pada blog yang lain.. Banyak perkara yang bersifat subjektif telah dilakukan seolah-olah perkara tersebut adalah fakta yang tidak boleh diubah dan perlu disebarkan kepada blog yang lain.. Ini tidak betul.. Perkara subjektif seperti Tips Cinta, Tips Rumahtangga, Tips belajar, dan banyak lagi tips adalah diolah dan diulas oleh individu pertama yang mengeluarkan tips-tips tersebut menggunakan ilham atau idea beliau sendiri dan disebarkan sebagai satu fakta.. Mengapa tidak, blogger lain mencuba untuk mengeluarkan ilham mereka sendiri berdasarkan fakta yang sedia ada? Mengapa perlu ada budaya copy-paste? Adakah sikap malas ynag menjadikan perbuatan tersebut semakin menjadi? Sekiranya seseorang blogger itu malas, mengapa mahu membuka satu blog?

Sebelum isu ini menjadi panas, aku ingin nasihatkan la kepada rakan-rakan blogger yang lain.. Amalkan blogging menggunakan ayat sendiri.. tetapi bukan ayat sendiri yang auta atau yang melalut-lalut, tetapi berlandaskan fakta yang kukuh.. Sehingga bertemu kembali, selamat 'blogging'.. Bye!

Thursday, 12 July 2012

Jangan Tidur Petang..

"jangan tidur petang, nanti jadi gila"
Antara ungkapan yang sering kita dengar.. Orang yang lama-lama biasalah mendengar kata-kata sebegini.. Ayat ini sebenarnya datang dari hadis Rasulullah:
 "Sesiapa yang tidur selepas Asar lalu hilang akalnya, maka janganlah dia mencela melainkan dirinya sendiri". 
Tetapi, ada pendapat yang menyatakan bahawa hadis tersebut dhaif atau lemah.. Masing-masing akan mencari kenapa dan mengapa tidur petang boleh menyebabkan gila.. Bagi aku, lebih baik elak dari tidur petang, bukan kerana ingin mengikut hadis dhaif, sebabnya bagi pengalaman aku, keadaan lepas bangun dari tidur petang ni yang kita kena titik beratkan.. Aku selalunya bila terjaga dari tidur petang, mulalah jadi mamai sepanjang malam la, jadi banyak merepek la, jadi mudah irritate la.. Antara individu yang menjadi mangsa letupan aku adalah mereka yang yang dah kejutkan dan mengejutkan aku waktu aku tidur petang.. Masa tu memang dah tak ingat pape lagi dah.. Dalam hati dan kepala otak ni ni memang fikir nak patah-patahkan je setiap tulang yang ada, nak pecah-pecahkan setiap organ dalaman yang aku jadi tiba-tiba nampak.. Sedap tidur petang bro, alih-alih kena ganggu.. Tu la antara kesan tidur petang yang aku dapat..

Em, kalau korang nak tau, post ni aku buat lepas aku terjaga dari tidur petang.. Entah makhluk mana dah terjerit-jerit kat luar tingkap bilik aku.. Kalau aku dapat aku nak patah-patahk, eh, aku dah bagitau tadi ek? Tak perasan lak.. Hehe..

Baiklah kawan-kawan, hari dah semakin gelap.. Aku nak bersiap la nak tempuh hari baru.. Hari baru? Dalam kalendar Islam, penggantian hari berlaku pada waktu Maghrib.. Kalau kalender omputih, jam 12.00am.. Selamat 'bermaghrib', sehingga bertemu kembali.. Bye!

Kali Kedua..

Assalamualaikum.. Haha, mesti pelik kan dah masuk post kedua baru bagi salam.. Yang pertama tu mesti ada la beberapa orang yang view, tapi susah nak tengok ada orang yang ikuti blog-blog yang seumpama ini terus-menerus, jadi aku wish la assalamualaikum.. Kali kedua? Kali kedua yang aku maksudkan ialah ni kali kedua atau blog aku yang kedua.. Blog kedua? Mana blog yang pertama? Blog pertama aku telah diwujudkan pada tahun 2005.. Lama bukan? Wah, lamanya! Blog tu aku dah lupa id dan password dia, dah lama tak buka.. Maklum la, sibuk benor belajor, pandainya tak jugak.. Kenapa setiap kali habis ayat ada dua noktah? Entah, aku pun tak tahu.. Aku tengok, lagi cantik ayat kalau guna dua noktah.. Pagi-pagi ni, teringin sangat nak merepek kat dalam blog ni.. Tiba-tiba terfikir pulak, kalau nak luahkan segala yang terbuku, elok la melalui blog.. Sekurang-kurangnya, dapat juga la legakan sedikit rasa gembira ke, rasa marah ke, rasa kecewa ke.. Kenapa? Sebab bagi aku, blog ni lagi elok untuk digunakan sebagai diari terbuka (open diary), bukan macam Facebook.. Kalau korang perasan la, Facebook ni bila korang update je status, tak banyak pun korang ada juga rasa malu sikit kan? Kadang-kadang bila nak luahkan perasaan, orang lain akan pusing-pusingkan ayat kita, satu-satu komen dari orang kita padam.. Jangan tipu la korang tak pernah padam komen dari kawan Facebook korang.. Eh, dah nak masuk waktu bekerja.. Dah tak sabar nak kerja hari ni, korang pula macam mana? Banyakkan bersabar, mulakan kerja anda dengan Bismillah.. Sehingga bertemu kembali, selamat bekerja.. Bye!

Pengenalan Je..

Hai! aku Apis.. Ramai yang kenal aku, panggil aku Apis Yak Ali.. Aku cadangnya, memang dah niat nak buat vlog.. Tapi vlog leceh, susah nak cari platform.. Youtube? Youtube je satu-satunya platform yang mudah untuk post vlog.. tapi bagi sesiapa yang mempunyai tahap internet yang kalah pada kura-kura, lombap kato oghang Nogori, non-stop buffering lepas tu fail, aku jadi mati niat nak buat vlog.. Muka tak hensem? Tu nombor dua.. Yang penting, aku wujudkan blog aku ni untuk santai-santaikan kepala aku.. Kata orang, kalau dah marah, masa tu la dapat idea nak bantai sesiapa yang dimarahinya a.k.a pihak pihak plaintif.. Ok la, hari pun dah lewat malam ni.. Aku pun macam korang jugak ada keinginan untuk tidur.. Kita sambung lagi akan datang.. Bye!