"jangan tidur petang, nanti jadi gila"Antara ungkapan yang sering kita dengar.. Orang yang lama-lama biasalah mendengar kata-kata sebegini.. Ayat ini sebenarnya datang dari hadis Rasulullah:
"Sesiapa yang tidur selepas Asar lalu hilang akalnya, maka janganlah dia mencela melainkan dirinya sendiri".Tetapi, ada pendapat yang menyatakan bahawa hadis tersebut dhaif atau lemah.. Masing-masing akan mencari kenapa dan mengapa tidur petang boleh menyebabkan gila.. Bagi aku, lebih baik elak dari tidur petang, bukan kerana ingin mengikut hadis dhaif, sebabnya bagi pengalaman aku, keadaan lepas bangun dari tidur petang ni yang kita kena titik beratkan.. Aku selalunya bila terjaga dari tidur petang, mulalah jadi mamai sepanjang malam la, jadi banyak merepek la, jadi mudah irritate la.. Antara individu yang menjadi mangsa letupan aku adalah mereka yang yang dah kejutkan dan mengejutkan aku waktu aku tidur petang.. Masa tu memang dah tak ingat pape lagi dah.. Dalam hati dan kepala otak ni ni memang fikir nak patah-patahkan je setiap tulang yang ada, nak pecah-pecahkan setiap organ dalaman yang aku jadi tiba-tiba nampak.. Sedap tidur petang bro, alih-alih kena ganggu.. Tu la antara kesan tidur petang yang aku dapat..
Em, kalau korang nak tau, post ni aku buat lepas aku terjaga dari tidur petang.. Entah makhluk mana dah terjerit-jerit kat luar tingkap bilik aku.. Kalau aku dapat aku nak patah-patahk, eh, aku dah bagitau tadi ek? Tak perasan lak.. Hehe..
Baiklah kawan-kawan, hari dah semakin gelap.. Aku nak bersiap la nak tempuh hari baru.. Hari baru? Dalam kalendar Islam, penggantian hari berlaku pada waktu Maghrib.. Kalau kalender omputih, jam 12.00am.. Selamat 'bermaghrib', sehingga bertemu kembali.. Bye!
No comments:
Post a Comment