Selepas tiga-empat hari aku mendiamkan diri, hari ni aku muncul kembali.. Kali ni aku nak bawak satu cerita menarik.. Em, kalau aku ceritakan sekarang pasti akan datang cerita aku dah tak menarik..
Baru-baru ni aku pergi melancong ke Negeri Penyu Menangis iaitu Terengganu.. Kenapa pergi sana? Aku ada urusan sedikit, urusan yang tidak dapat ditangguh.. Maka bermulalah hari itu aku keluar membeli-belah, bunyi macam banyak barang yang hendak diborong, tak banyak pun.. Aku cuma sekadar menemani keluarga membeli barangan di situ.. Makanan kegemaran? Di Terengganu, makanan yang paling sedap, yang tak pernah aku rasa sebelum ni, tak tau la kalau korang ada yang pernah rasa, kuih akok telur itik.. Peh, teksturnya betul-betul membuatkan pemakannya ketagih.. Dengan telurnya yang lembut berjus, baunya yang wangi, memang sedap dimakan ketika panas.. Kuih Akok telur itik ni boleh ditemui di satu kawasan Marang, bersebelahan Kedai Runcit RM2 Yang Murah.. Ramuannya ialah telur itik dan dibakar di dalam alat pembakar model zaman tok nenek kita dulu, menggunakan sabut yang terbakar, atas dan bawah..
Untuk sesiapa yang suka mengumpul tudung-temudung, kain-kemain, atau baju kurung moden, anda berada di negeri yang betul.. Aku teringat satu perkataan yang dikeluarkan oleh 'Awang Ganu' yang meniaga di situ semasa dia ditanya mengapa harga setiap tudung berlainan.. Jawapannya "tudung yang ni manik cak ayang, murah, tudung yang ni manik cak boye, mahal skek".. Puas aku memikirkan kata-katanya.. Adakah itu satu kiasan, atau satu dialek terengganu yang aku kurang faham.. Dalam masa sepuluh minit aku memikirkan, sementara yang lain sibuk bertanyakan yang itu, yang ini sambil memilih barangan yang mereka hendak beli, aku akhirnya berjaya menangkap kata-kata peniaga tadi.. Cak ayang dan cak boye yang dimaksudkan tadi ialah cap ayam iaitu barangan buatan tempatan dan cap buaya iaitu barangan yang diimport.. Cap buaya seperti pakaian jenama Crocodile yang sedang bersaing dengan jenama-jenama luar negara yang tinggi nilainya.. Tapi aku tidak pasti la samada 'yang diimport' tu benar-benar import atau sekadar kata-kata manis peniaga untuk menarik minat pembeli untuk memilih barangan mereka sekaligus menjadikan barangan jualan mereka laku dan menarik minat pembeli yang lain..
Ok la kawan-kawan, aku tak nak bercerita panjang, sebabnya cerita aku memang panjang, dan ada sambungannya nanti.. Semoga anda terhibur dengan cerita tadi, sehingga bertemu kembali.. Bye!
No comments:
Post a Comment