Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan selamat sejahtera.
Terima kasih saya ucapkan kepada Yang Dihormati saudara Pengerusi Majlis, para hakim yang arif lagi bijaksana, tetamu kehormat, gugu-guru, rakan-rakan pelajar dan seterusnya hadirin sekalian.
Pada pagi yang mulia ini saya akan menyampaikan pidato yang bertajuk “Memartabatkan Bahasa Melayu.” Sesuai dengan Slogan 1Malaysia, kita juga harus menguar-uarkan slogan “Bahasa Melayu Didahulukan, Pencapaian Diutamakan” bla.. bla.. bla..
Biasa dengar tak petikan ayat diatas? 1Malaysia? Bukan.. Kali ni aku nak ketengahkan isu mengenai pidato.. Biasanya untuk mempersembahkan satu pidato, kita memerlukan satu semangat, nada suara yang mampu meremangkan bulu roma pendengar, isu-isu yang menarik, dan tentu sekali format pidato itu sendiri..
Sekiranya kita bercakap, bersyarah, berpidato dihadapan penonton yang ramai, apa yang kita perlukan adalah perhatian daripada penonton.. Tanpa perhatian dari mereka, kita akan merasakan seperti melakukan satu perkara yang sia-sia, beromong kosong atau bercakap bersendirian.. Oleh itu, setiap pemidato perlu pandai mencuri perhatian dari penonton.. Kenapa mencuri? Ini kerana bukan senang bagi penonton untuk memberi perhatian mereka yang berharga kepada pidato yang bagi mereka hanya semangat dan gaya sahaja yang beria-ia tetapi isu dan format pidato tidak disampaikan kepada mereka dengan betul..
Bagi seorang pemidato, sebelum mereka berniat untuk menonjolkan diri dihadapan orang ramai, wajib ke atas mereka untuk belajar selok-belok berucap, format ucapan, penekanan nada pada tempat atau isu yang sesuai.. Yang pastinya, semua perkara penting ini perlu dipelajari dari guru yang berpengalaman dalam bidang pidato sebegini.. Yang paling penting, pemidato perlu ada satu Kesedaran Emosi yang mantap.. Berdiri dihadapan orang ramai, kita belum tahu lagi apakah isu yang diketengahkan kita dapat diterima oleh orang ramai, adakah isu kita tidak menyentuh sensitiviti mereka, ethical issues dan banyak lagi.. Aku malas nak cakap lebih-lebih..
Aku pernah ditanya oleh sahabatku sendiri, adakah aku pernah menyertai mana-mana perbahasan sebelum ni? Jawapan aku, tidak pernah.. Macam mana boleh jawap belum pernah? Gaya penulisan berapi-api, isi boleh tahan.. Haha, sekarang ni baru la aku nak kupas tajuk kita pada post kali ini 'pemidato dan penulis'..
Cikgu aku dulu pernah berkata,
"Pemidato tidak pandai menulis.. Penulis tidak pandai berpidato.."Bagi aku, aku lagi berminat di dalam bidang penulisan.. Penulis tidak terikat dengan pembaca secara langsung, tidak juga terikat dengan mana-mana format yang hebat yang kononnya mampu mencuri hati pembaca..
Penulis yang mempunyai pemikiran bebas, mereka lebih mudah untuk menyelami jiwa pembaca.. Kenapa aku cakap macam tu? Sebabnya, Kebanyakan pembaca atau kesemua pembaca hanya mahukan satu bahan bacaan yang santai, tidak terlalu terbelit-belit, tidak perlu berimaginasi yang hiperbola atau yang melampau-lampau.. Penulisan yang mempunyai isi yang berat seperti sejarah, fiksyen sains, fantasi, sekiranya dapat memberi satu penerangan yang mudah mampu memberi satu bentuk khayalan yang mendatangkan ketagihan dan keghairahan pembaca untuk meneruskan bacaan mereka..
Aku ada cipta banyak puisi seperti sajak sebelum ini.. Tapi banyaknya aku buang dengan mudah.. Aku jadi tidak yakin untuk menyimpan bahan tersebut, malu sekiranya dibaca oleh pihak yang tidak berkenaan.. Bukan aku membuat isu yang memalukan, tetapi bimbang hasil penulisan aku diremehkan dan diperli.. Itu salah satu kelemahan penulis, bimbang penulisan mereka tidak sampai seperti yang mereka rancangkan..
Sajak yang aku cipta ni salah satunya terselamat.. Bukan kerana ia pandai menyorok, tetapi sajak ni aku tempatkan di tempat yang bukan tempatku.. Sajak ni direka dalam masa hanya sepuluh minit.. Sepuluh minit sahaja? Entah la, mungkin masa tu ilham aku tengah mencurah-curah.. Ini sajak aku,
Tanggal 23hb November jam 12 pagi,
Semua hidupan telahpun sepi,
Sedangkan ada yang masih bersendiri,
Menahan sakit tidak terperi.
Sakitnya benar bukan dibuat,
Merata alam mencari pengubat,
Lalu terjumpa seorang keramat,
menawar sakit cuma sesaat.
Dirinya rasa begitu gembira,
Dapat tidur esoknya kerja,
Tetapi satu benda sudah dilupa,
Ditimpa ujian di hari jadinya.
Perkara kelakar yang aku tidak dapat lupakan.. Kisah benar sahabatku yang lain.. Kesian beliau, sengsara menahan sakit perut .. Haha..
Baiklah kawan-kawan.. Penulisan aku kali ini sampai disini sahaja.. Selamat membaca, sehingga bertemu kembali.. Bye!